Berita dan Info Terkini Puncak Iskandar
Frisia Launching & Raya event

Bumiputera Property Exhibition 2013 (BPEX2013)

Pameran BPEX2013 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 & 9 June 2013. Pameran Hartanah yang berlangsung selama dua hari ini telah memberi peluang untuk memperkenalkan Bandar Seri Iskandar kepada pengunjung ibu kota Kuala Lumpur. Lebih daripada 50 pemaju mengambil bahagian dalam pameran berprestij ini.

Siri Mini Karnival Ke-2

Siri Mini Karnival yang ke-2 telah diadakan pada 18hb Mei 2013 di Pejabat Jualan MRCB, Bandar Seri Iskandar.

Pengunjung berpeluang untuk melihat senibina kediaman Puncak Iskandar (banglo dan teres) disamping beramah mesra dengan kakitangan jualan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bhd.

TV Al-Hijrah di Bandar Seri Iskandar

Sebuah rancangan televisyen berkenaan rekabentuk dan susun atur perumahan di Puncak Iskandar, Bandar Seri Iskandar dihasilkan oleh TV Al-Hijrah. Mempunyai 13 episod, dan episod pertama akan disiarkan pada 7 April 2013, pada jam 8.30 malam. Bagi episod-episod yang berikutnya, ia disusun atur mengikut slot.

Siri Mini Karnival di Bandar Seri Iskandar

Siri Mini Karnival telah diadakan di Bandar Seri Iskandar. Acara pertama telah dilangsung pada 9 Mac 2013 bertempat di galeri pejabat penjualan, SIDEC. Siri Mini Karnival ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan senibina banglo yang diberi nama Begonia dalam skala model. Seterusnya, bagi memperkenalkan rumah teres dua tingkat baharu iaitu Frisia dan akhir sekali adalah untuk mengumpul pendaftaran baru bagi projek semasa dan yang akan datang.